Rawatan SMOOTH® Fotona menawarkan penyelesaian kepada masalah faraj seperti terkucil semasa batuk dan aktiviti bersukan, kehilangan keanjalan, kekeringan dan kerengsaan faraj. Ia adalah berdasarkan teknologi laser yang direka khas, dipatenkan yang berfungsi dengan menghantar denyutan haba lembut ke faraj, menguatkan dan meningkatkan kualiti tisu faraj.
Tisu penghubung pada dinding faraj adalah faktor penting dalam sokongan organ pelvis. Gejala disfungsi lantai pelvis terutamanya timbul daripada kelonggaran pada faraj atau ligamen yang penyokongnya, disebabkan oleh peningkatan usia dan bersalin.
IntimaLase®
untuk rawatan Sindrom Relaksasi Faraj bagi mengetatkan saluran faraj
Prolapse®
untuk rawatan Prolaps Organ Pelvik (POP) atau “rahim jatuh”
IncontiLase®
untuk rawatan Inkontinen Tekanan Urin atau “terkucil”
RenovaLase®
untuk rawatan Atrofi Faraj khusus untuk wanita menopos
Rawatan SMOOTH® Fotona terkenal dengan prosedur ambulatori yang mesra kepada wanita, tidak menyakitkan dan pantas yang boleh memberi manfaat kepada pesakit yang mempunyai pelbagai masalah. Ia tidak invasif, tidak menyakitkan, dan mempunyai masa pemulihan yang singkat.
Rawatan berfungsi dengan merangsang potensi penjanaan semula badan sendiri. Denyutan dihantar ke tisu dalam mod berpaten yang optimum bagi menghasilkan denyutan haba lembut dalam lapisan mukosa faraj, merangsang pembentukan kolagen baru dan menguatkan sokongan dinding faraj.
Peranti Fotona SMOOTH® telah dibangunkan oleh sebuah syarikat Eropah yang mempunyai pengalaman lebih daripada 50 tahun dalam industri perubatan laser. Peranti ini merupakan salah satu teknologi popular dalam bidang perubatan, menawarkan rawatan yang selamat, teruji dan terbukti yang direka khusus untuk kesihatan wanita.
Prosedur tambahan termasuk rawatan untuk parut episiotomi (parut dalam faraj akibat bersalin), parut pembedahan caesarean, kondiloma (kutil) dan pigmentasi juga boleh dijalankan. Alat Robotik G-Runner™ membolehkan penghantaran denyutan haba lembut secara automatik dan optimum dengan ketepatan tinggi. Ini boleh mengurangkan masa rawatan dan meningkatkan keselesaan pesakit.
IntimaLase®
IntimaLase ialah rawatan mengetatkan faraj secara lembut untuk memulihkan keanjalan faraj dan meningkatkan kenikmatan seksual.
Ia adalah rawatan khusus untuk kelonggaran faraj yang berkesan tanpa pembedahan, tidak invasif, dan tidak memerlukan anestesia. Ianya juga merupakan prosedur cepat lagi mudah yang boleh diselesaikan di bilik rawatan dalam masa kira-kira 30 minit.
IntimaLase® menyampaikan denyutan haba Fotona SMOOTH® yang dipatenkan ke permukaan faraj dan vulva. Denyutan haba ini telah direka khas untuk menghasilkan kesan pemanasan ringan, yang merangsang pembentukan kolagen baru dan menguatkan tisu, menghasilkan penampilan yang lebih tegang dan ketat. IntimaLase® telah terbukti berjaya meningkatkan kenikmatan seksual dan kualiti hidup secara keseluruhan untuk wanita yang telah dirawat.
Dengan memanaskan dan mengetatkan tisu mukosa faraj secara perlahan, ia membantu mengecut dan menebal tisu penghubung dinding faraj.
Prolapse®
ProlapLase® ialah rawatan prolaps organ pelvik atau juga dikenali sebagai “rahim jatuh” untuk menguatkan tisu faraj dan memperbaiki prolaps.
Ia adalah rawatan khusus untuk prolaps organ pelvik yang tidak memerlukan pembedahan, tidak invasif, dan tidak memerlukan anestesia. Ianya juga merupakan prosedur cepat lagi mudah yang boleh diselesaikan di bilik rawatan dalam masa kira-kira 30 minit.
Denyutan haba Fotona SMOOTH® yang dipatenkan dihantar melalui faraj ke kawasan prolaps yang bermasalah serta seluruh permukaan faraj. Prosedur ProlapLase® ini menghasilkan pengukuhan tisu dan pengurangan peringkat prolaps. Rawatan ProlapLase® yang kerap boleh membantu melambatkan atau mengelakkan prosedur pembedahan yang lebih invasif untuk rawatan prolaps organ pelvik, di samping meningkatkan kualiti hidup pesakit.
Ia berfungsi dengan merangsang pembentukan semula kolagen dan sintesis gentian kolagen baharu melalui pengetatan fototerma tisu dan pengecutan saluran faraj. Jika dibandingkan dengan kaedah pembedahan, ia adalah pilihan yang lebih selamat dan kurang invasif. Prosedur ini adalah tanpa pembedahan dan hampir tidak menyakitkan, tanpa pendarahan, atau jahitan, dan ia juga sesuai untuk prolaps gred yang lebih tinggi.
IncontiLase®
IncontiLase ialah rawatan untuk inkontinen tekanan urin atau “terkucil”. Ia adalah rawatan lembut dalam merawat atau mengurangkan kebocoran air kencing yang tidak diingini. Ia adalah prosedur selamat yang tidak memerlukan bius dan tidak memerlukan pembedahan. Ianya juga merupakan prosedur cepat lagi mudah yang boleh diselesaikan di bilik rawatan dalam masa kira-kira 30 minit.
Sistem penghantaran yang direka khas memberikan haba lembut dan tidak menyakitkan ke permukaan faraj dalam mod denyutan Fotona SMOOTH® yang dipatenkan. Ia menyebabkan pemanasan ringan pada tisu, yang merangsang pembentukan kolagen baru bagi menguatkan sokongan pelvik, dengan itu berkesan menghentikan atau meminimumkan kebocoran air kencing secara tidak sengaja semasa aktiviti fizikal, batuk atau bersin.
Rawatan ini paling berkesan pada pesakit yang mengalami inkontinen tekanan urin ringan hingga sederhana, tetapi ia juga berfungsi dengan baik pada pesakit yang mengalami inkontinen urin tekanan yang lebih serius. Gejala tekanan juga berkurangan kepada pesakit dengan inkontinen campuran.
IncontiLase® berfungsi pada tisu penghubung dalam mukosa faraj, dengan penekanan kepada dinding hadapan faraj. Ia meningkatkan sokongan uretra melalui pengukuhan fototerma tisu mukosa faraj. Neogenesis dan pembentukan semula kolagen yang terhasil membawa kepada pengecutan dan pengetatan tisu yang dirawat dan sekaligus mengurangkan kebocoran air kencing yang tidak diingini.
RenovaLase®
RenovaLase ialah rawatan untuk sindrom genitourinari genopos atau atrofi faraj. Bagi wanita menopos, ianya memulihkan fungsi dan keselesaan faraj secara lembut.
Ianya menyediakan rawatan fototerma ringan pada saluran faraj, yang meningkatkan vaskularisasi dan trofisma dinding faraj. Ini mengakibatkan penjanaan semula kolagen dan peningkatan kandungan air. Prosedur ini tidak memerlukan pembedahan dan tidak invasif. Ianya juga merupakan prosedur cepat lagi mudah yang boleh diselesaikan di bilik rawatan dalam masa kira-kira 30 minit.
RenovaLase® ialah rawatan untuk atrofi faraj berkaitan menopos yang menggunakan denyutan haba Fotona SMOOTH® yang lembut untuk merangsang pembaharuan permukaan mukus faraj, yang boleh menghasilkan pelinciran yang lebih baik dan melegakan kekeringan dan ketidakselesaan faraj. Rawatan atrofi faraj RenovaLase® boleh bertahan selama lebih daripada setahun, menghapuskan keperluan untuk aplikasi krim dan gel yang berterusan, menjadikan kehidupan seksual pada tahun-tahun emas lebih menyeronokkan.
Ia berfungsi dengan memanaskan tisu faraj secara perlahan bagi merangsang pembentukan saluran baru, aktiviti fibroblas, dan pembentukan kolagen. Ia tidak mempunyai kesan haba atau ablatif pada tisu. Hasil akhirnya ialah peningkatan ketebalan epitelium dan vaskularisasi, serta penurunan simptom seperti kekeringan, gatal-gatal, kerengsaan, dan dispareunia.